About Me

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
"WE LEAD FOR SHARING"

Friday 6 January 2017

KENALI JENIS ULAR BERBISA DI MALAYSIA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penggemar/pembaca dan pencari maklumat blog. hari ini admin nak share berkaitan dengan ular pula. bila kita bercerita berkaitan dengan ular mesti semua fikir semua jenis ular adalah berbisa kan.. sebenarnya tidak semua ular di dunia ni berbisa dan tidak semua jenis ular mampu membunuh manusia dalam erti kata lain hidupan hidup lh dan bergerak (klu pokok pun sama juga kn hidupan hidup tp tak bergerak mgkn bergerak tp tak berapa jelas pergerakkannya..heheh admin pun tak pasti sangat).

di Malaysia terutamanya semenanjung malaysia terdapat kira-kira 136 spesies ular. namun hanya terdapat 16 spesies ular darat  dan 21 spesies ular laut yang berbisa. ular adalah reptilia yang hidup bersendirian dan tinggal di tempat yang mempunyai sumber makanan dan bersembunyi bagi melindungi dirinya dari bahaya. 

ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbisa dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. ular yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang


ular tedung


ular katam tebu


ular kapak

racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntik ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu patukan

Ular berbisa keluarga Viperidae

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga.

Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.


Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah: 
  1. Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit). 
  2. Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam. 
  3. Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan. 
  4. Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing. 
  5. Darah tidak membeku. 
  6. Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Elak dari ular berbisa

Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Oleh itu anda patut berjaga-jaga dengan:

  • Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular. 
  • Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu. 
  • Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu. 
  • Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek. 
  • Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut. 
  • Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular. 
  • Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjlan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya. 
  • Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.

okey dah penat admin buat artikel ini dengan merujuk banyak buku dan internet..hahah (acah2 hebat lh) apa2 pun yang penting kita tau dan perlu tahu apa yang perlu kita tahu dan "jangan jadi hero nnti jdi zero" okey itu saja dari admin assalamualaikum semua

No comments:

Post a Comment