About Me

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
"WE LEAD FOR SHARING"

Tuesday 10 January 2017

TRIP SANTAI BUKIT KUTU 18/2/2017


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penggemar blog..hari ini admin nak menjemput semua untuk bersama-sama dengan HikeCore Outdoor merasai pengalaman mendaki bukit kutu, Kuala Kubu Bharu.

mungkin banyak yang tertanya-tanya apa yang best kat bukit kutu kn?????? ok disini admin nak cerita sedikit berkaitan dengan bukit kutu. nama je bukit kutu tp bukit kutu ni setanding dengan gunung tau sebab walaupun nama bukit kutu tp ketinggian bukit ni boleh disamakan dengan ketinggian gunung.3456 kaki dari aras laut bersamaan dengan 1053 meter. selain itu juga Bukit kutu merupakan tempat pemantauan tentera British (dulu-dulu lh) 

ahh dah tau apa keistimewaan bukit kutu so apa lagi jom ikuti HikeCore Outdoor merasai pengalaman mendaki bukit kutu pada 18 Februari 2017 ini. dengan bayaran sebanyak RM50 sahaja..kenapa perlu bayar RM50 adalah bayaran guider, permit, report polis, ration (snack during hiking and lunch), basic first aid (minor injury).. so apa lgi jom ramai2 naik bukit kutu.

ahhh nak habaq satu g(acah2 utaqa nohh..hehe) sape2 rasa nak buat trip naik bukit kutu dan nak guider boleh lh menghubungi HikeCore Outdoor di nombor yang tertera.. in shaa Allah bayaran perkhidmatan adalah murah :)

sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp ke nombor yang tertera:
adat (0168404976)
acit (0177946434)
pian (0145085269)

so jgn lepaskan peluang ye..eh lupa pula..slain dari hiking HikeCore Outdoor pun ada memberikan perkhidmatan mengendalikan perkhemahan, aktiviti berasaskan air,darat dan sewaktu dengan nya..so jngn lupa yee follow kitaorang dan ikut perkembangan HikeCore Outdoor..
dah lh admin dah ngantok dah nak menaip panjang2 ni..apa2 contact je nombor tu in shaa Allah akan dibalas..Assalamualaikum

Friday 6 January 2017

KENALI JENIS ULAR BERBISA DI MALAYSIA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penggemar/pembaca dan pencari maklumat blog. hari ini admin nak share berkaitan dengan ular pula. bila kita bercerita berkaitan dengan ular mesti semua fikir semua jenis ular adalah berbisa kan.. sebenarnya tidak semua ular di dunia ni berbisa dan tidak semua jenis ular mampu membunuh manusia dalam erti kata lain hidupan hidup lh dan bergerak (klu pokok pun sama juga kn hidupan hidup tp tak bergerak mgkn bergerak tp tak berapa jelas pergerakkannya..heheh admin pun tak pasti sangat).

di Malaysia terutamanya semenanjung malaysia terdapat kira-kira 136 spesies ular. namun hanya terdapat 16 spesies ular darat  dan 21 spesies ular laut yang berbisa. ular adalah reptilia yang hidup bersendirian dan tinggal di tempat yang mempunyai sumber makanan dan bersembunyi bagi melindungi dirinya dari bahaya. 

ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbisa dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. ular yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang


ular tedung


ular katam tebu


ular kapak

racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntik ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu patukan

Ular berbisa keluarga Viperidae

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga.

Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.


Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah: 
  1. Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit). 
  2. Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam. 
  3. Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan. 
  4. Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing. 
  5. Darah tidak membeku. 
  6. Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Elak dari ular berbisa

Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Oleh itu anda patut berjaga-jaga dengan:

  • Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular. 
  • Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu. 
  • Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu. 
  • Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek. 
  • Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut. 
  • Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular. 
  • Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjlan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya. 
  • Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.

okey dah penat admin buat artikel ini dengan merujuk banyak buku dan internet..hahah (acah2 hebat lh) apa2 pun yang penting kita tau dan perlu tahu apa yang perlu kita tahu dan "jangan jadi hero nnti jdi zero" okey itu saja dari admin assalamualaikum semua

Thursday 5 January 2017

Aktiviti Rekreasi Luar HikeCore 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera penggemar/pembaca/pencari maklumat blog. hari ini admin nak share sedikit berkaitan dengan aktiviti HikeCore semperna tahun baru ni (Biasa lh baru buat blog perlu lh tulis banyak2 kn..eheheh). Anyway, Admin saja je nak post dalam ni kot2 ada yang berminat nak buat camping ke kn pastu boleh buat aktiviti2 lain. so sini ada beberapa aktiviti yang admin na share lh, harap korang baca betul2 ye..hehe..(iye lh takut kang tersilap pandai nnti melepas pula kn). hehe admin gurau je.


ini lh aktiviti yang HikeCore sediakan dan sesuai untuk bercamping bersama keluarga, program sekolah ke, atau pekerja yang nak suasana tenang, tepi sungai bagai dapat trekking tngok air terjun dalam hutan semua ada, cuma larat tak larat je dengan HikeCore nanti..heheh


ini pula pakej yang disediakan beserta dengan aktiviti yang korang boleh buat, mcm admin cakap kat gmbr atas masih sama boleh menghayati alam sekitar juga lh.


yang ini pula aktiviti hiking dan trekking yang dianjurkan oleh HikeCore, so klu nak join program hiking boleh kot tempat awal2, tp admin syorkn jom bersama2 HikeCore naik gunung kinabalu murah dan berbaloi dpt naik kinabalu dgn ketinggian 13,435 kaki.. heheh saja je nak promote kan..kot2 yang hikers yang menyimpan azam nak naik gunung kinabalu kn hehehe..


apa2 pun klau nak join program2 rekreasi luar dengan HikeCore Outdoor, just contact je number2 yang kat dalam flyers tu..confirm ada yang menyambung kang, kalau xnak call whatsapp je kn free asalkan ada wifi atau data..hehehe... ok lh admin rasa dh cukup kot..apa2 pun jmpa korang entry yang lain pula ye..babai, Assalamualaikum.

Wednesday 4 January 2017

Aktiviti HikeCore sepanjang tahun 2016

assalamualaikum dan selamat kepagian semua (kes tak dapat nak tido). terdetik nak tulis berkaitan dengan aktiviti yang HikeCore jalankan sepanjang tahun 2016..ermm.. pada tahun lalu HikeCore telah menganjurkan beberapa program yang berkaitan dengan outdoor Trekking Santai Pine Tree, Trekking Santai Lubuk Kawah, dan crew HikeCore mengikut program profesionalisme fasilitator baru-baru ini (yang ini malas nak tulis,hehe admin letak kat entry yang lain plak eh). Nampak kn walaupun masih baru tetap terus mencari ilmu berkaitan dengan outdoor. malas nak tulis panjang-panjang kang tetido atas laptop plak..hhehe

Hiking Santai Pine Tree, Fraser Hill


sepanjang pendakian terdapat pelbagai tempat2 yang semula jadi kejadiannya seperti akar pokok yang berbentuk seperti gua




ini adalah halangan yang terakhir sebelum sampai ke puncak pine tree..terpaksa climb lh..heheh





lega bila sampai peak hehe..hilang rasa penat 




selesai pendakian kira-kira pukul 5.00 pm. penat lelah semua ada..heheh apa2 pun trail pine tree owesome.



Trekking Lubuk Kawah

habis cerita pine tree, sekarang kita tngok pula Lubuk Kawah hehe..mesti ramai yang tak tahu kat mana lubuk kawah kn..okey saya bagitau serba sedikit tentang Lubuk Kawah. Lubuk kawah terletak di Tanjung Malim. klu tanjung malim mesti ingat pau yik mun kn..heheh okok back to our topic.. lubuk kawah terletak jauh di dalam hutan dan entry nak ke sana dekat dgn UPSI (universiti pendidikan sultan idris)..tanya je orang2 tanjung malim kat mana teratak river view mesti semua tahu..dari sana lh tempat nak masuk sebenarnya..hheheh.. keistimewaan Lubuk Kawah ialah terdapat beberapa air terjun (ada yang mengatakan 4 air terjun kat lubuk kawah ada yang mengatakan 7 air terjun kat sana ermm tak tahu lah.. tp serius mmg banyak) itu je lh boleh dikatakan.. apa2 pun klu nak pegi sana jom contact kmi, kitaorang akan bawa korang naik ke Lubuk Kawah..lagi pun trail biasa2 je.. enjoy the picture..


gelagat peserta yang mengikut program ini, ahh acah2 candid plak..hehehe gurau je


gelagat peserta yang mengikuti program ini, jaga batu licin kat sana.


ini merupakan laluan air terjun yang bercabar satu disebelah sana satu lgi blkng tmpt diambik gambr ini..


salah satu air terjun yang terdapat di Lubuk Kawah


bergambar dengan peserta, crew Hikecore Outdoor dan Shadow Guide Outdoor





pengatur bicara pembuka kata


Assalamualaikum dan selamat petang penggemar blog. terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang membantu dalam penubuhan kumpulan kecil rekreasi luar yang dikenali sebagai Hikecore Outdoor. kelab ini tertubuh disebabkan perbincangan rakan-rakan yang meminati outdoor itu sendiri iaitu terdiri daripada Acit, Adat dan Hadi. 

kelab ini juga mempunyai ahli seramai 8 orang (buat masa yang terdekat xnak ambik bnyk2 takut xde function hehe gurau2) iaitu Asma, Arif, Umizu, Pian dan juga Mizul dan mereka juga merupakan rakan-rakan yang aktif dalam outdoor. setiap ahli dalam kumpulan ini mempunyai Core masing-masing seperti camping planner, navigator, orienter, trekker, climber dan lain2. 

kesemua ahli dalam kumpulan ini merupakan pelajar UPSI dan telah mendapat pendidikan tentang rekreasi luar ini daripada subjek/kursus Pendidikan Luar yang ditawarkan di UPSI dan dari sana lh kami mula bergiat dalam outdoor recreation. 

penubuhan kumpulan ini juga untuk mengisi masa lapang sebagai pelajar dan pada masa yang sama kami juga menggunakan medium ini sebagai tempat mencari rezeki. 

last but not less, penat nak fikir panjang. kami juga menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti outdoor yang menyeronokkan seperti aktiviti berunsurkan air, hutan, high risk activity dan indoor activity. 

kami juga menyediakan perkhidmatan mengendalikan kem-kem yang bersifat ilmiah dan juga santai. selain itu kami juga selalu menganjurkan program2 mendaki gunung atau bukit di semenanjung malaysia dan juga sabah sarawak.

apa2 pun jom bersama2 kami merasai sendiri pengalaman mendaki gunung/bukit berkhemah dalam hutan dan menganjurkan camp2 korang bersama HikeCore Outdoor.

sebarang pertanyaan boleh hubungi kami:
Adat 0168404976
Acit 0177946434
Asma 0129542363
Umizu 01125440301
Pian 0145085269