About Me

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
"WE LEAD FOR SHARING"

Sunday 4 June 2017

PROGRAM SEHARI BERSAMAMU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekalian, ceh wahh!!!

okey entry kali ini admin nak cerita perjalanan penceritaan yang banyak menyentuh hati gitu (feeling2 titanic dlu) 

okey entry kali ini admin nak cerita berkaitan dengan program 'SEHARI BERSAMAMU' yang berlangsung pada 3 dan 4 june 2017 yang bertempat di Pondok Mahfuzah batang kali. kalau guna waze mmg tak smpai lh ke pondok ni bab pondok ini sedikit terpencil dan kurang mendapat sumbangan dripada kerajaan.

program ini adalah program yang menggabungkan 13 kelab outdoor a.k.a hikers a.k.a mencinta gunung a.k.a suka selfie kat puncak..heheh banyak plak a.k.a nye kn buat2 je tu admin tengah bosan so kita banyak kn je..hohoh..

kerjasama daripada: 
-Hunter mountain peak (h.m.p)

 -Raska Adventure (RA)

 -Jelajah Dunia Hikers (JDH) 

-Seeker Hikers Community (SHC)

 -Belasahan Adventure Crew (BAC)

 -Peak HUnterz Club (PHC)

 -Dedaun Hikers Team

 -Forest Family

 -Serigala Gunung

 -Infamous Hikers League (iHL)

 -Hikecore Outdoor 

-Set Kasi Jadi (SKL)

 -Hiking Adventure & Outdoor Community (HAVOC)

(ini kelab yang admin ambik dari banner program k) hehhe

serba sedikit berkaitan dengan pondok mahfuzah

Rumah Pondok Mahfuzah ini ada seramai 20 orang yang berumur seawal 3 tahun sehingga lah sekolah menengah (lelaki dan perempuan). Pondok Mahfuzah ditubuhkan khusus sebagai institusi kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak yatim, keluarga yang kurang berkemampuan, anak gelandanga, anak yang disisih oleh ibu bapa, anak tanpa dokumentasi, anak yang bermasalah dan anak yang tidak berpeluang ke sekolah. rumahnya bukan seperti rumah-rumah anak yatim yang lain. tempatnya sempit, kurang selesa, kurang keperluan, mereka juga tidak mendapat danan atau sumbangan daripada mana-mana pihak dan tidak dibenarkan mendaftar atas sebab-sebab yang tertentu dan tidak memenuhi syarat. anak-anak disana juga dibawaj seliaan atau jagaan seorang ustaz yang suda bersara dan menjaga mengikut kemampuan beliau sahaja.

ahh ni lh serba sedikit berkaitan dengan Pondok Mahfuzah, klu nak lagi detail dan terperinci pegi sendiri yee tngok keadaan drng mcm mna..hehe admin suggest jangn pegi tangan kosong kang menangis tak berlagu nnti tngok keadaan anak2 kat sana..cadangan je lh..heheh\

okey lh macam biasa admin akan sajikan hidangan gmbr semasa program ini berlangsung semoga diharapkan pembaca dan yang melihat entry ini mempunyai kesedaran untuk menderma atau ingin membuat program di sana sangat2 dialukan :)


geng hikecore yang mengikuti program ini


gambar kenangan hikers semua padu2 baq hang


sesi bergambar penyelia bersama pelajar2 lelaki dan seorang perempuan


alolo adik titew tak mau titew smua alik lahh ermm !!! sorry admin jdi dak2 wechat jap hihihih



sesi aktiviti dalam kumpulan by acit hikecore


kawasan penempatan lelaki fly dan ground je yop


keadaan dalam bilik pelajar lelaki tanpa siling


ahh ni ah hero2 malaya yang santai selepas buat kerja untuk pengetahuan semua sebelah cnvas tu penempatan pompuan depa guna khemah baii yang hero2 ni guna fly dan ground je huhuh yang penting enjoyy heheh


ahh aktivit rewang penyediaan makanan untuk berbuka akak2 hiker padu baq hang!!!



sesi melepaskan lelah seharian bekrja apa lgi jom berbuka nasi ambeng !!!


juadah berbuka nasi ambeng leaded by akak2 comel hikers padu tak sendu


ahh tngok tu semua tak cukup tangan nak membantu akak2 titew ni tau hihihi



semua dh tak peduli kena gmbr yang penting makan!!! hihihi


sesi penerangan dan pembahagian kumpulan by ajk aktiviti adat Hikecore


sesi pembahagian kumpulan ahh yg baju merah tu dak2 hipster!! tngok tngn je dh tahu..heheh


antara barangan sumbangan yang dihulurkan alhamdulillah, stok untuk 3 bulan in shaa Allah


abg botak T-Rec dan Wak Hikecore


acara penutup yang baju hitam tu master plan program ni merangkap ketua program Kuchai yang duduk tu pengetua a.k.a penyelia pondok Mahfuzah 




OKEY LAH ADMIN RASA SAMPAI DISINI SAHAJA ENTRY KALI INI, JIKALAU ADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN INI MENGHULURKAN SUMBANGAN ATAU BANTUAN KEPADA PONDOK MAHFUZAH JANGAN SEGAN DAN MALU BOLEH BERHUBUNG DENGAN KMI IN SHAA ALLAH, NIAT YANG BAIK AKAN MENDATANG HASIL YANG LUMAYAN AMIN!!!
 BOLEH CONTACT HIKECORE OUTDOOR (0168404976) 
DAN KAMI AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK MENGHULURKAN TANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

OKEY ASSALAMUALAIKUM terima kasih kerana membaca entry ini sehingga bertemu lagi yaa ibu-ibu bapa-bapa..