About Me

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
"WE LEAD FOR SHARING"

Sunday 19 February 2017

Hiking Bukit kutu A.K.A gunung kutu 18/2/2017 bersama 29 orang peserta yang owesome

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada penggemar, pembaca blog skalian. okey harini admin nak berterima kasih kepada semua yang menjayakan event hikecore outdoor menawan bukit kutu A.K.A gunung kutu.. ehehe

Actually admin nak promotekn ler bukit kutu ni almaklum lah kita ni suka suki sangat nak naik gunung panjat sana-sini kan..heheh panjat apa pun admin tak tahu.. xpe lh asalkan panjat kejalan yang benar ok lah tu..

okey pada tanggal 18/2/2017 (sabtu) hikecore outdoor telah membawa seramai 29 peserta dengan kekuatan crew seramai 7 orang telah berjaya menawan bukit kutu dengan selamat dan xde yang mengalami sebarang kecederaan yang serius lagi membimbangkan jiwa dan raga.. ahh yang last tu acah2 je..heheh.. masa pendakian yang dilakukan oleh peserta berserta tenaga crew hikecore adalah 4 jam (peserta terakhir yang okey, yang lain semua dh tunggu kat atas) dan masa yang diambil turun adalah 2 jam lebih (nampakkn makin bagus performance peserta kitaorang)..hohoho!!!


mungkin ada diantara pembaca tak pasti macam mana keadaan bukit kutu a.k.a gunung kutu ni kn??? sebenarnya bukit kutu ni klu naik mmg boleh dikatakan MENAIK (pacak, mendatar, jalan berakar, jalan berliku, curam semua lh) tu lh boleh ambik masa 4 jam dan turun je macam biasa lh semua nak cepat lari lerr (hanya segelintir termasuk admin) ehehe gurau je admin baik orangnya hohoho(gelak sakan). 

peserta kali ini terdiri daripada pelajar UPSI dan kebanyakkannya juga adalah daripada fakulti sains sukan dan kejurulatihan beserta beberapa orang dari fakulti lain, peserta luar plak terdiri daripada geng2 hikers tegar dari teluk intan dan seorang dari selangor dan bekerja kat johor (dari johor pun sanggup join kitaorang uollss) dan semua peserta mmg awesome terbaik meletup melompat gembira (bila sampai puncak..hehehe)

bila menaip ni mcm tak best plak kalau xde gambar kn..so admin hidangkan rezeki untuk mata kita melihat keindahan dan keragaman (eh ada ke perkataan ni) yang ditonjolkan oleh para peserta..heheh







awal lagi dah sampai kat meet point hehe nak bagi ration lh katakan supaya pesera ada energy gitu ya (kluar gue punya indo c)



















ahhh!!! ni lh peserta2 yang owesome lagi kebabommm heeheh ini semasa pendakian nak menawan bukit kutu











ahh ni gambar peserta, crew dan juga banner hikecore nampak tak kitaorang owesome..heheh puji lebih2 plak..apa2 pun kitaorang dah sampai puncak bukit kutu!!!!

ahh kat sini mmg korang tak akan caya, dah macam shopping mall plak kat atas ni ramai sangat mmg tak cukup ruang..al maklum lh bukit dh famous walaupun ambik masa 3 jam untuk naik..hehehe healthy life style gitu.. mesti korang tak caya kn..okey lah admin sajikan dengan gambar 




aahhh tngok admin tak tipu kn..ada shopping mall kat atas ni heheh..gurau-gurau je ye..mendaki pada hari yang sama tu lh ramai


pemandangan yang susah nak dapat dimana2.. ciptaan Allah sungguh indah..Allahuakbar!!!!

okey sekian terima kasih kerana membaca dan menjenguk blog kitaorang ye

Assalamualaikum semua